Karier Nam Tae-hee

Nam bermain untuk akademi profesional di United Kingdom, Akademi Belia Reading[1] sebelum menandatangani kontrak profesional pada bulan Ogos2008 bersama kelab Perancis, Valenciennes FC.[2] Dia membuat penampilan sulungnya pada 8 Ogos 2009 menentang AS Nancy dan merupakan pemain termuda Asia yang beraksi dalam Ligue 1 ketika berumur 18 tahun.[3]

Ketika musim sejuk 2011-12, Nam bersetuju untuk meninggalkan Ligue 1 untuk menyertai kelab gergasi Qatar, Lekhwiya SC pada 26 Disember 2011.[4]

Lekhwiya

Nam membuat penampilan sulungnya pada 1 Januari 2012 menentang Al Kharitiyath.[5] Dia menjaringkan gol pertamanya dalam liga menerusi sepakan percuma pada 19 Januari 2012.[6]

Dia membuat penampilan sulung Liga Juara-Juara AFC pada 7 Mac 2012, menjaringkan satu-satunya gol ketika menentang kelab Arab Saudi, Al Ahli.,[7].

Rujukan

WikiPedia: Nam Tae-hee http://www.smh.com.au/sport/soccer/south-korea-sur... http://www.dohastadiumplusqatar.com/nam-stunner-pr... http://www.ligue1.com/joueur/nam-tae-hee http://london2012.nytimes.com/soccer/mens/bronze-m... http://www.soccerway.com/matches/2012/01/01/qatar/... http://www.soccerway.com/matches/2012/01/19/qatar/... http://www.va-fc.com/fr/equipe/pro/joueur/90/Nam-T... http://world.kbs.co.kr/german/program/program_spor... http://english.yonhapnews.co.kr/culturesports/2014... http://www.qsl.com.qa/users/newsen/NewsDetails.asp...